Ajar Bahasa Melayu di Jepun

Iklan
Faridah Mohamed mendedikasikan separuh hidupnya tinggal di Jepun semata-mata untuk mengajar bahasa Melayu sekaligus memartabatkan serta menyuburkan lagi bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat di negara Matahari Terbit itu.

Biarpun sudah mencecah usia 65 tahun, Faridah tidak pernah berasa lelah dengan perjuangan yang dimulakan sejak tahun 1989 untuk mengajar bahasa Melayu di peringkat sekolah dan universiti.

Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu kini menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah pelawat khas di Pusat Pengajian Bahasa dan Budaya di Tokyo University of Foreign Studies selain terlibat aktif untuk kerja terjemahan skrip drama, radio, dokumentari, penerbitan buku serta kamus.