PRK KKB: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang

Iklan
Pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Baharu pada Sabtu. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian di 17 pusat mengundi masih berlangsung dalam suasana hujan dan pusat pengundian akan ditutup pada 6 petang ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, yang memiliki 40 pengundi, telah ditutup pada 2 petang tadi.

Proses penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna serta Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini dan keputusan rasmi dijangka diumumkan seawal 9 malam.

Iklan

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!