Lima remaja lelaki ditahan kes rogol, cabul gadis bawah umur

Iklan
Gambar hiasan. Foto Bernama, gambar kecil: Hanyan

KEMAMAN - [DIKEMAS KINI] Polis menahan lima remaja lelaki berusia lingkungan 13 hingga 16 tahun pada Jumaat bagi membantu siasatan kes rogol dan cabul membabitkan dua gadis bawah umur.

Difahamkan, perbuatan itu terbongkar setelah penduduk kampung mengesan sekumpulan remaja lelaki termasuk gadis perempuan itu berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah kosong di Bandar Seri Bandi, dekat sini pada petang Jumaat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihak polis menerima laporan awal berhubung kejadian oleh orang awam sebelum suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Air Jernih di sini pada hari yang sama.

Menurutnya, mangsa yang berusia 13 dan 14 tahun itu membuat pengakuan setelah pihak berkuasa menghubungi kedua ibu bapa mereka ketika dibawa ke balai polis tersebut sekitar jam 10 malam.

Iklan

"Apabila ibu bapa mereka datang, mangsa menceritakan kejadian sebenar termasuk mengaku pernah melakukan hubungan sulit sebelum ini.

"Kejadian itu didakwa berlaku dalam tempoh dua, tiga bulan lalu dan pihak polis masih menunggu untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, kes membabitkan suspek remaja lelaki bawah umur itu masih di peringkat awal siasatan.

Menurutnya lima suspek tersebut telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu dan telah mendapat perintah tahanan reman selama enam hari sehingga Khamis depan.

Hanya berkata, dua kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Kita turut menyiasat sama ada wujud unsur amang seksual dalam kes ini," katanya.

Dalam pada itu, Hanya memuji tindakan pantas orang awam yang menahan suspek serta melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa.

"Sikap mengambil tahu hal sebegini dapat membantu kita membendung kes-kes jenayah daripada terus menular.

"Pihak polis berterima kasih atas kerjasama penduduk kampung yang peka terhadap aktiviti sosial golongan remaja di kawasan kejiranan mereka," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!