PRK KKB: Populasi, undi ikut kaum penentu kemenangan calon

Iklan
Program Interviu bersama Felo Kursi Institusi Raja-raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis bertajuk Analisis PRK Kuala Kubu Baharu secara langsung di Studio Sinar Harian pada Sabtu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Faktor populasi dan ayunan undi mengikut kaum menjadi penentu kemenangan calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu memandangkan naratif pembinaan yang dilakukan oleh parti bertanding.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, ia berikutan pola kempen itu telah mempengaruhi pengundian yang berasaskan kaum di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kalau kita terjemahkan dalam konteks keluar undi, maka sudah tentu kita lihat keputusan ini berdasarkan kelompok mana yang keluar undi.

"Apa yang saya lihat sepanjang kempen ini, seolah-olah saya melihat bahawa kelompok Melayu dan Cina sudah mempunyai pilihan dan mereka hanya menantikan tarikh untuk keluar undi.

Iklan

"Kalau undi Melayu ini terpecah dua dan kelompok ini menjadi yang teramai keluar undi, sudah tentu Perikatan Nasional (PN) akan menghadapi masalah memandangkan agak sukar kelompok parti mendapatkan undi bukan Melayu terutamanya Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Interviu yang dihoskan Haizir Othman bertajuk ‘Analisis PRK Kuala Kubu Baharu’ dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Program Interviu bersama Felo Kursi Institusi Raja-raja Melayu UiTM, Mujibu Abd Muis bertajuk Analisis PRK Kuala Kubu Baharu secara langsung di Studio Sinar Harian pada Sabtu. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Mengulas lanjut, Mujibu berkata, dalam konteks itu, persoalan mengenai ayunan undi dan majoriti dipercayai tidak menjadi permasalahan yang besar kerana yang penting ialah memenangi pilihan raya tersebut.

"Meletakkan calon Melayu sebagai penawaran terkini kepada pengundi dengan satu naratif bahawa mereka memperoleh peluang untuk menghantar wakil rakyat Melayu pertama ini sangat menarik.

"Tetapi naratif ini sahaja tidak cukup kuat untuk menarik orang Melayu disebabkan fakta bahawa kelompok pengundi terbesar dalam hal ini ialah bukan Melayu.

"Strategi ini mungkin sedikit berat untuk PN imbangi. Pertarungan sengit kedua-dua parti besar berkenaan tetapi dalam konteks ini, calon Pakatan Harapan (PH) jelas mempunyai kelebihan dari segi ini,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!