Anggota Polis Diraja Malaysia menutup pintu utama Pusat Mengundi tepat jam 6 petang di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Kuala Kubu Baharu hari ini.
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berakhir selepas kesemua 18 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, secara rasmi ditutup.
Sebanyak 17 pusat pengundian ditutup pada 6 petang ini. Foto Bernama