Sock Tao janji selesaikan masalah penduduk

Iklan
Sock Tao yang memenangi PRK DUN Kuala Kubu Baharu berjanji untuk menunaikan tanggungjawabnya membantu penduduk di kawasan itu. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

HULU SELANGOR - Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berjanji untuk menunaikan tanggungjawabnya membantu penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata, perkara pertama yang akan dilakukan adalah mendengar dan menyelesaikan masalah mendesak yang disuarakan rakyat tempatan.

Iklan
Iklan

"Fokus utama saya adalah mencari penyelesaian terhadap masalah tempatan bersama pasukan, PBT (pihak berkuasa tempatan) serta kerajaan negeri untuk memastikan ia dapat diselesaikan.

"Sepanjang kempen, ada beberapa perkara yang dibangkitkan,sebagai contoh lampu jalan, longkang tersumbat dan capaian internet," katanya ketika ditemui selepas diumumkan menang PRK Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu Sock Tao turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera daripada Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan (PH) terutama Barisan Nasional (BN).

"Inilah kemenangan buat penduduk dan pengundi di Kuala Kubu Bharu dan saya mengucapkan terima kasih kepada mendiang Lee Kee Hiong yang selama ini berdedikasi berkhidmat kepada penduduk di Kuala Kubu Baharu.

Iklan

"Kemenangan ini tidak lebih bermakna dengan sokongan penuh daripada suami saya dan ahli keluarga yang tersayang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!