Dakyah PN gagal gugat PH di Kuala Kubu Baharu - Amirudin

Iklan
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meraikan kemenangan calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao yang diumumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu yang baharu pada sidang media di Bangunan UMNO Bahagian Hulu Selangor pada Sabtu. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Dakyah dibawa Perikatan Nasional (PN) ternyata gagal mempengaruhi pengundi Kuala Kubu Baharu selepas kerusi itu kekal milik Pakatan Harapan (PH)

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan sokongan terhadap PH meningkat sebanyak tiga peratus berbanding PRN lalu.

Iklan
Iklan

"PRN lalu kita berjaya mendapat 54 peratus undi dan kali ini meningkat kepada 57 peratus.

"Walaupun ada penurunan peratusan undi sebanyak tujuh peratus berbanding PRN lepas, namun dengan kempen efektif berjaya menangkis serangan ditimbulkan PN," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Hulu Selangor pada Sabtu.

Iklan

Katanya, PH juga berjaya merampas tiga pusat daerah mengundi (PDM) iaitu Kerling, Air Jernih dan Pertak yang sebelum ini dimenangi PN.

"Kawasan ini merupakan majoriti Melayu dan bumiputera, ini isyarat menandakan sokongan mereka kepada Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"PH turut menang undi awal dan undi pos yang dijalankan pada 7 Mei lalu yang sebelum ini dimenangi PN," katanya.

Justeru beliau merakamkan penghargaan kepada jentera Kerajaan Perpaduan yang telah bekerja keras sepanjang kempen terdiri pelbagai lapisan dari cabang dan badan bukan kerajaan.

Pada Sabtu, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan diumumkan pemenang menewaskan tiga pencabar lain.

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!