SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa undian semua kaum terhadap Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu meningkat berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.
Timbalan Pengarah Strategi parti itu, Sim Tze Tzin berkata, undi Melayu naik kepada 42.7 peratus berbanding sebelumnya iaitu 39 peratus.
Iklan
Iklan
"Undi Cina kali ini 88.4 peratus (85.3 peratus pada 2023). Begitu juga dengan undi India meningkat sebanyak 10.2 peratus di mana jika sebelum ini 60 peratus tetapi kali ini 70.2 peratus.
"Bagi undi campuran (Orang Asli) naik kepada 63.1 peratus berbanding 60.1 peratus pada PRN 2023,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Sabtu.
Keputusan PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan calon PH, Pang Sock Tao menewaskan tiga lagi calon masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia dan Bebas dengan majoriti 3,869 dengan undi 14,000 undi.
Pesaing terdekat dari PN, Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin Khairul Azhari mendapat 10,131 undi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!