Manchester City kembali ke puncak EPL

Iklan
Foden antara pencetak gol Manchester City di Craven Cottage. Foto: Agensi

PENYANDANG juara Manchester City mengekalkan momentum tiga mata apabila meraih kemenangan ke-26 musim ini selepas membelasah Fulham, 4-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Craven Cottage.

Tiga mata diraih anak buah Pep Guardiola membolehkan Manchester City (85 mata) memintas pendahulu Arsenal (83 mata) dengan kelebihan dua mata selepas kedua-dua pasukan mengharungi 36 perlawanan.

Iklan
Iklan

Arsenal kendalian Mikel Arteta berpeluang memintas semula Manchester City, sekiranya menang ke atas jiran tertangga The Citizens, Manchester United di Stadium Old Trafford pada Ahad.

Gol Citizens dalam perlawanan itu dijelmakan Josko Gvardiol (m-13, m-71), Phil Foden (m-59), sebelum pemain gantian, Julian Alvarez menoktahkan tiga mata pasukan pelawat hasil sepakan penalti minit ke-96.

Iklan

Manchester City selepas ini akan berkunjung ke London berdepan Tottenham Hotspur pada Rabu, sebelum menutup kempen dengan melayan West Ham United di Etihad, 19 Mei.

Sebagai rekod, Manchester City akan berdepan Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley pada 25 Mei.

Iklan

KEPUTUSAN LAIN

Everton 1-0 Sheffield United

West Ham United 3-1 Luton Town

Newcastle United 1-1 Brighton

Tottenham Hotspur 2-1 Burnley

Wolves 1-3 Crystal Palace

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!