Ke mana arah Melayu-Islam?
Iklan
DI MALAYSIA, kalau seseorang itu berbangsa Melayu maka agamanya adalah Islam. Tidak kiralah dia mengamalkan Islam atau tidak. Yang demikian itu adalah ketetapan perlembagaan.
Boleh jadi dalam Perlembagaan Malaysia saja bangsa seseorang dikaitkan dengan agamanya. Itu pun bagi orang Melayu saja. Orang bangsa-bangsa lain tidak.