Pengundi pilih orang muda

Iklan
Mohd Yusri

SHAH ALAM- Kemenangan Pang Sock Tao, 31, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu membuktikan orang muda terus menjadi pilihan pengundi.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, kejayaan itu sekali gus menobatkan Pang Sock Tao sebagai ADUN termuda di Selangor.

Iklan
Iklan

"Sangat menarik, kerana usia Sock Tao sangat muda dan sekarang waktu untuk bekerja sebagai anggota lageslatif DUN Selangor.

"Beliau akan bertanggungjawab untuk membawa apa-apa isu sahaja ke peringkat tertinggi, polisi dan dasar dalam pada yang sama berkhidmat kepada rakyat bawahan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program Interviu bertajuk ‘Kuala Kubu Baharu milik siapa?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Sabtu.

Program yang dihoskan Haizir Othman turut menampilkan Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Ayuni Mohd Isa sebagai panel.

Iklan

"Kita perlu tamatkan episod peperangan ini, saya syorkan selepas PRK ini mesti diwujudkan tempoh bertenang.

"Bermula esok Sock Tao akan bekerja sebagai wakil rakyat, yang lain mesti fokus untuk politik damai, bergerak sama ke arah kestabilan.

"Kalau keadaan politik tak stabil, bagaimana ekonomi hendak bergerak dan mendapat keyakinan pelabur, semua pihak perlu main peranan,” katanya.

Tambahnya, rakyat juga perlu memberi pengiktirafan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kerja kerasnya mengadakan lawatan ke negeri yang diperintah pembangkang.

"Rombongan itu bukan retorik, PM bawa Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian bersama menteri-menteri, bermakna keputusan perlu dibuat untuk siapa yang bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan,” katanya.

PH berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang disandang sejak 2013 selepas calonnya, Pang Sock Tao menang pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Kemenangan Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada malam Sabtu.

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!