Nenek paksa kahwin dibunuh kekasih beza usia 33 tahun

Iklan
Foto hiasan

MEDAN - Seorang nenek di Indonesia dilaporkan berdepan kematian tragis di tangan kekasihnya sendiri yang mempunyai jarak usia 33 tahun.

Mangsa dikenali sebagai Arni Lubis, 65, di Kabupaten Mandailing Natal, Sumatera Utara ditemui mati pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Pada mulanya, penduduk setempat menyangka Arni mungkin diterkam harimau.

Bagaimanapun, laporan autopsi membongkar punca kematian mangsa yang sebenarnya dibunuh teman lelakinya, Paoji, 32.

Iklan

"Hasil siasatan kami mendapati mangsa dan pelaku sudah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu," ujar jurucakap polis Mendailing Natal, Arie Sofandi Paloh pada Sabtu.

Menurutnya, pasangan kekasih itu bertemu pada 24 April lalu.

Iklan

"Berlaku pertengkaran apabila mangsa memaksa suspek mengahwininya malah mengugut mahu menikam anak Paoji jika permintaannya tidak dituruti. Mangsa juga cemburu kerana pelaku menikahi wanita lain," jelasnya.

Tambahnya lagi, suspek turut mengheret mayat mangsa sejauh 50 meter dari lokasi asal selepas nenek tersebut dibunuh.

Kesan seretan darah menyebabkan penduduk percaya mangsa mungkin dibaham harimau memandangkan pakaiannya juga koyak rabak.

"Pelaku cuba memperdaya komuniti tersebut dengan cerita Arni diterkam haiwan liar berkenaan.

"Dia sempat membuang pakaian pada hari kejadian di sebuah jambatan sebagai cubaan untuk menghapuskan bukti," menurutnya lagi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!