Pengedar ubat batuk ditahan

Iklan
Rodzi (kanan) menunjukkan ubat batuk yang dirampas.

KUALA PERLIS - Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) menahan seorang lelaki di Kampung Permatang Keriang Sanglang kerana disyaki memiliki barang larangan tanpa permit sah dan mengedar ubat.

Komander Aksem Perlis, Deputi Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang ketika dia sedang leka memasukkan kotak berisi ubat batuk ke dalam lori di hadapan rumahnya

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas lori menemui 11 kotak mengandungi 1,100 botol ubat batuk bernilai RM11,000.

"Hasil siasatan juga mendapati lelaki itu menjual ubat batuk di sekitar Perlis dan turut mengedarkan bahan terlarang berkenaan kepada pembuat air ketum untuk dicampur sebelum dijual," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Aksem Kuala Perlis hari ini.

Iklan

"Suspek dipercayai telah lama bergiat aktif menjual ubat batuk. Kes disiasat bawah Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan suspek akan dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Iklan