Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah

Iklan
Tentera Israel mengarahkan ribuan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza. Foto REUTERS

GAZA - Tentera Israel mengarahkan ribuan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza.

Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.

Iklan
Iklan

Risalah itu mengarahkan penduduk untuk berpindah ke Al Mawasi, bandar pesisir pantai yang didakwa zon kemanusiaan.

Israel mengesahkan ia akan meneruskan operasi di Rafah, di sebalik amaran dari Amerika Syarikat (AS) dan negara sekutu yang bimbang ia akan menyebabkan korban awam yang lebih besar serta krisis kemanusiaan.

Iklan

Tentera Israel dalam pada itu memaklumkan, ia terlibat dalam pertempuran secara bersemuka dengan pejuang Hamas di Rafah.

Tentera Zionis juga mendakwa menemui beberapa tempat persembunyian bawah tanah di kawasan itu.

Iklan

Israel melancar puluhan serangan udara atas alasan mensasarkan infrastruktur milik pengganas. - Awani/Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!