Tolak kepentingan diri untuk UMNO kembali kuat - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Semua ahli yang menyertai UMNO perlu ikhlas dalam memperjuangkan dasar parti, bukan hanya mahu mengejar jawatan atau dipilih sebagai calon semata-mata.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sikap itu boleh memudaratkan UMNO dan menyebabkan parti hilang pengaruh di antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

Sebaliknya beliau berkata, setiap akar umbi perlu bersatu, bangkit dan kembali kuat demi meraih majoriti mudah pada pilihan raya umum akan datang.

Wan Rosdy berucap pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-78 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Jalan Kuantan Bypass pada malam Sabtu.

"Kita masuk parti, menjadi ahli UMNO dan kita bersama dalam organisasi untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara, bukan tujuan kita masuk parti itu untuk tujuan bermegah atau semata-mata hendak pegang jawatan.

Iklan

"Bila kita tidak dipilih kita akan rasa kecewa tetapi kalau kita masuk parti kerana perjuangan, tidak mengapa siapa menjadi calon pun, kita kerja macam itu juga (bekerja ikhlas). Ini kita harus terapkan dalam kalangan ahli UMNO, sekiranya ini berjaya UMNO akan kembali kuat, saya rasa lebih kuat daripada sebelum ini insya-ALLAH," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-78 Peringkat Negeri Pahang di Dewan Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Jalan Kuantan Bypass di sini, pada malam Sabtu.

Iklan

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kekuatan parti adalah kunci kepada pengaruh dan penghormatan dalam politik, dan UMNO perlu menjadi kuat untuk terus dihormati serta disegani oleh semua pihak.

Jelasnya, UMNO sememangnya kuat, namun disebabkan masalah dalam parti itu hilang pengaruh.

"Kita ini kuat tapi kita ada masalah dalaman. Masalah dalaman ini kalau tidak dibendung boleh menjatuhkan organisasi. Umpama membunuh sesama sendiri itu tidak fokus. Fokus kita untuk membantu rakyat.

"Jangan ada perkara begitu di Pahang. Kalau nak bangkit nak kuat semula kena hilangkan kepentingan diri, kena jadi orang parti. Sesiapa pun dipilih menjadi calon, semua ahli mesti menyokong. Walaupun rasa kita layak. Ini kerana pucuk pimpinan ada kriteria tertentu yang menyebabkan seseorang itu dipilih," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!