10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar

Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan bilik asrama menempatkan 10 pelajar lelaki. Foto JBPM

HULU TERENGGANU - Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api.

Kebakaran pada jam 3.30 pagi Ahad itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata, sejurus menerima panggilan seramai 15 kekuatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang digegaskan kelokasi kejadian.

Seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, di sini, berjaya menyelamatkan diri selepas asrama mereka dijilat api. Foto JBPM

Katanya, kebakaran itu melibatkan sebuah bilik asrama, bagaimanapun, kesemua pelajar berjaya keluar menyelamatkan diri.

Iklan

"Pasukan bomba telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pam jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Operasi pemadaman tamat pada jam 5.46 pagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!