Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial adalah palsu - UMNO

Iklan
Kenyataan media bertarikh 12 Mei 2024, yang kononnya dikeluarkan atas nama Ahmad Zahid adalah palsu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kenyataan tular antara lain mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan, merujuk kepada kenyataan media bertarikh 12 Mei 2024, yang kononnya dikeluarkan atas nama Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan
Iklan

Kenyataan palsu itu yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO, turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat dengan tidak lagi terlalu fokus kepada kepentingan satu kaum tertentu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan
Iklan