JEMPOL - Seorang ejen insurans terpaksa berputih mata setelah menjadi mangsa penipuan pembelian kereta dalam talian berjumlah RM41,964 pada 25 April lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 42 tahun itu melaporkan pada hari kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, dia berurusan menerusi Whatsapp dengan seorang individu daripada sebuah syarikat untuk pembelian kereta diiklankan di Facebook.
Iklan
Iklan
"Pengadu bersetuju membeli kereta jenis Toyota Estima dengan harga RM62,500, kemudian pada 2 hingga 8 Mei pengadu membuat 16 transaksi bayaran sebanyak RM41,964.62 ke lapan akaun berlainan secara dalam talian
Chang Hook berkata, pengadu yang berasal dari Bahau itu turut diminta membuat pembayaran peguam sebanyak RM6,000 pada 9 Mei namun enggan bertindak demikian sehingga menerima ugutan daripada individu bernama Mr Lim.
Pengadu juga menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui Whatsapp yang memberitahu akan mengancam keselamatan keluarga serta tularkan maklumat pengadu dan isteri dalam Facebook.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!