BACHOK - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 156.6 hektar di Kampung Kual, Beris Lalang di sini pada Ahad.
Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, kebakaran tersebut melibatkan kawasan hutan gelam, belukar, kebun sawit dan kebun getah.
"Seramai 33 anggota bomba termasuk APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) telah terlibat dalam operasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Menurut beliau, bomba menggunakan sumber air dari telaga tiub yang disalurkan ke dalam sistem perparitan sedia ada.
Ujarnya, pemadaman dijalankan secara ‘direct attact’ menggunakan empat buah pam bergerak.
Media sebelum ini melaporkan, Tentera Darat Malaysia (TDM) digerakkan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di Kampung Kual Kecil, Gunong di sini semalam.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!