KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030

Iklan
Dr Dzulkefly menyampaikan Anugerah Tokoh Malaria Kebangsaan 2024 kepada Yusof (dua, kiri) sempena sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia 2024 peringkat kebangsaan di UMS, pada Ahad. Foto Bernama

KOTA KINABALU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, kumulatif kes kusta sehingga minggu epidemiology ke-18 setakat 4 Mei, mencatatkan sebanyak 66 kes di seluruh negara termasuk 24 kes di Sabah.

Iklan
Iklan

"Aktiviti mengesan dan merawat awal kes kusta secara bersasar di lapangan perlu dipertingkatkan, sebagai langkah untuk mencapai sasaran sifar kes kusta tempatan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan, di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Ahad.

Iklan

Dr Dzulkefly berkata, KKM juga turut melaksanakan pemberian rawatan profilaksis single dose rifampicin kepada kontak rapat dan komuniti berisiko, sebagai langkah pencegahan penularan penyakit kusta.

Dr Dzulkefly berkata, penyakit itu boleh sembuh dengan mematuhi jadual rawatan yang ditetapkan, dengan pengambilan anti-Tibi setiap hari selama sekurang-kurangnya enam bulan.

Iklan

"Salah faham tanggapan penyakit tibi akibat buatan manusia seperti santau perlu diperbetulkan,” katanya dan menambah penyakit tibi tanpa rawatan, boleh menyebabkan kematian.

Dr Dzulkefly berkata, dalam tempoh yang sama, sebanyak 120 kes jangkitan malaria manusia dan 683 jangkitan malaria zoonotik direkodkan di seluruh negara, manakala daripada jumlah itu Sabah mencatatkan lima kes jangkitan malaria manusia dan 404 kes jangkitan zoonotic.

Pada majlis itu, Dr Dzulkefly turut menyampaikan anugerah Tokoh Malaria kepada Yusof Rashman, 66, yang berasal dari Ranau.

Yusof telah berkhidmat selama 37 tahun di KKM sehingga bersara pada 2018 dengan jawatan terakhir sebagai Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!