Faisal, keluarga diberi bantuan psikologi

Iklan
Shahril. Foto Agensi

SELANGOR FC telah melakukan perbincangan dengan pihak hospital dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memberikan bantuan psikologi terhadap Faisal Halim bagi menangani trauma akibat insiden simbahan asid terhadap pemain itu baru-baru ini.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, bantuan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada tonggak utama Gergasi Merah itu, malah kelab juga berbincang untuk turut membantu keluarga pemain tersebut.

Iklan
Iklan

"Pihak kelab, hospital dan ISN dah berbincang bukan sahaja dari segi rawatan tetapi juga bantuan psikologi kepada Faisal.

"Kita juga telah berbincang untuk turut memberikan bantuan psikologi kepada keluarganya," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Faisal ditimpa dugaan besar dalam hidupnya apabila menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali semasa membawa keluarganya ke sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau mengalami kelecuran tahap empat sudah menjalani tiga pembedahan dan menunjukkan perkembangan positif untuk pulih.

Iklan

Shahril berkata, Faisal yang lebih mesra disapa dengan panggilan Mickey merupakan seorang yang kuat dalam menghadapi insiden itu.

"Mickey tetap Mickey tetapi pergerakan dia terbatas dengan balutan di badannya.

"Kita nampak dia cuba tapi ada batasan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!