Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin jadi anggota penuh

Iklan
Setiausaha Agung Liga Arab (AL), Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB. Foto Fail

KAHERAH - Setiausaha Agung Liga Arab (AL), Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB, lapor Xinhua.

"Undian besar yang memihak kepada resolusi itu jelas menunjukkan kompas kehendak global dan hala tuju pendapat awam antarabangsa," Aboul-Gheit dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pan-Arab yang berpangkalan di Kaherah.

Iklan
Iklan

Pada Jumaat, UNGA menerima pakai resolusi yang mengisytiharkan kelayakan Palestin untuk keanggotaan penuh PBB.

Resolusi itu diluluskan dengan 143 undi menyokong, sembilan menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel dan 25 berkecuali. Resolusi itu menyatakan bahawa"Negara Palestin... wajar diterima menjadi ahli" dan"mengesyorkan agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik."

Iklan

Ketua AL berkenaan berkata, bahawa langkah itu"mencerminkan realiti kelayakan Palestin untuk mendapatkan sebuah negara merdeka dan ia juga menghantar mesej yang betul kepada rakyat Palestin pada masa mereka terdedah kepada tragedi yang berterusan," merujuk kepada serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza yang dikepung.

Beliau menekankan kepentingan meneruskan tekanan diplomatik ke atas negara yang memberikan"perlindungan politik untuk Israel" dalam PBB.

Iklan

Resolusi terbaru itu datang selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto bulan lepas dalam Majlis Keselamatan untuk menolak usaha menjadikan negara Palestin anggota penuh PBB. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!