Pengundi 'tidak berganjak' pilih PH-BN

Iklan
Muhammad (kiri) dan Laporan Sinar Harian

KOTA BHARU - Kemenangan calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu membuktikan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu masih yakin dengan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kelantan, Muhammad Hussain berkata, walaupun peratus keluar mengundi kali ini berkurang daripada Pilihan Raya Umum lalu, namun pengundi masih tidak 'berganjak' dengan kepercayaan mereka terhadap PH-BN.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Sock Tao sudah tentu mampu menggalas tanggungjawab dengan baik selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Dalam pada itu, Muhammad turut memuji kesungguhan dan usaha semua petugas dan aktivis yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen.

Iklan

"Kita berharap wakil rakyat baharu bersemangat memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Kuala Kubu Baharu.

"Tahniah kepada semua pengundi terutama kepada pengundi calon PH yang keluar menjalankan tanggungjawab anda sebagai pemilih," ujarnya.

Iklan

Beliau turut memohon orang ramai tidak menimbulkan sebarang provokasi dan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan sehingga menggugat keamanan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!