Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC

Iklan
KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.

Menurut paparan maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun, ahli yang mahu mengeluarkan wang melebihi RM250 perlu melalui proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) secara dalam talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Tangkap layar paparan maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun mengenai pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel.

Iklan
Iklan

Proses e-KYC atau proses pengesahan identiti yang dilakukan secara elektronik menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Dalam pada itu, ia turut menjelaskan bahawa pencarum boleh melakukan pindaan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, KWSP memperkenalkan akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Iklan

Katanya, baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Tempoh bagi ahli KWSP yang mahu membuat pindahan tersebut bermula pada 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!