BEKAS bintang Australia, Tim Cahill, mengunjungi fasiliti kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dan Pusat Latihan JDT DI Padang Seri Gelam, semalam.
Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire itu dilihat mengadakan pertemuan bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim untuk sebuah projek bola sepak baru.