Li Jane sambar emas di Amerika Syarikat

Iklan
Li Jane - Foto: PWBA

PEMAIN boling wanita negara, Sin Li Jane ternyata masih berbisa apabila meraih pingat emas di Kejohanan Boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi dominan sepanjang saingan apabila melakukan 5,289 jatuhan pin secara keseluruhan dalam pertarungan stepladder.

Iklan
Iklan

Li Jane mengetepikan cabaran pemain Ukraine, Dasha Kovalova yang melakukan 5,221 jatuhan pin untuk meraih perak manakala wakil tuan rumah Josie Barnes pula perak selepas menjatuhkan 5,208 pin.

"Ia adalah satu daripada matlamat saya untuk kembali tahun lepas, tetapi kami mempunyai beberapa kejuaraan utama di Malaysia. Rasanya baik untuk kembali dalam lawatan siri jelajah ini," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Li Jane sebelum itu berjaya mengekalkan aksi konsisten sepanjang 24 permainan dalam laluan untuk muncul juara pada kejohanan tersebut yang merupakan Siri Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan