Puchong dilanda banjir kilat

Iklan
(Gambar kiri) Keadaan banjir kilat di jalan utama di Bandar Puteri dan keadaan banjir kilat di Pangsapuri Seri Jati Puchong (Gambar kanan).

SHAH ALAM - Banjir kilat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Puchong pada petang Ahad susulan hujan lebat.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, banjir kilat itu menyebabkan laluan arah selatan dari Puchong Jaya ke IOI Puchong terjejas.

Hantaran LLM di laman Facebooknya pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Kejadian banjir kilat di kilometer 21.5 arah selatan dari Puchong Jaya ke IOI Puchong. Penutupan lorong susur. Trafik perlahan di lokasi.

"Berhati-hati memandu. Pihak kami mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi ketika ini," kata LLM menerusi hantaran itu sekitar jam 5.26 petang pada Ahad.

Iklan

Selain itu, pengguna Facebook dan laman media sosial lain turut berkongsi kejadian banjir kilat di sekitar Puchong.

Pengguna Facebook dengan nama Marliza Marliza berkata, hari ini merupakan kali pertama banjir kilat melanda kawasan Puchong Intan.

Iklan

"Saya duduk di sini sudah 18 tahun, hendak balik ke Puchong Intan (terpaksa) patah semula ke kalian sekolah Puchong Indah, rupanya dekat simpang masuk ke masjid pun naik air," katanya.

Diely Dan turut berkongsi keadaan bajir kilat di Taman Anggerik dan seorang lagi pengguna laman sosial itu dengan nama Anie pula berkongsi keadaan banjir kilat di Kampung Tengah.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan Pangsapuri Seri Jati Puchong dan Bandar Puteri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!