Keazaman Arsenal tinggi di Old Trafford

Iklan
Arteta

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan The Gunners berada di landasan tepat dengan saingan berbaki satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di hadapan penyokong-penyokong sendiri di Stadium Emirates pada 19 Mei ini.

Malah, Arteta menyifatkan perlawanan terakhir liga berdepan Everton kendalian Sean Dyche berkemungkinan mengakhiri penantian 30 tahun kelab itu untuk menjulang kejuaraan tersebut.

Iklan
Iklan

"Hari ini, kami mahu membuka kotak impian untuk menjalani hari terakhir musim ini di hadapan penyokong-penyokong dengan peluang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Leandro Trossard sebelum itu menjaringkan gol minit ke-20 untuk memastikan kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Manchester United di Stadium Old Trafford pada Sabtu yang menyaksikan pasukan Arteta memintas sementara Manchester City di puncak Liga Perdana Inggeris, sekali gus memastikan perebutan kejuaraan akan ditentukan pada hari terakhir.

Iklan

Sebagai rekod, Arsenal mempunyai 86 mata dengan baki satu perlawanan meneruskan momentum perlumbaan kejuaraan paling sengit dalam beberapa tahun ini.

Sementara itu, Manchester City kekal di tempat duduk kedua dengan 85 mata berbaki dua perlawanan menyasarkan kejuaraan liga utama Inggeris keempat berturut-turut, boleh memimpin semula jika menewaskan saingan tetangga Arsenal, Tottenham Hotspur di tempat lawan pada Rabu.

Iklan

Sebelum berkunjung ke Stadium Old Trafford, rekod Arsenal tidak memihak kelab London itu apabila hanya menang satu daripada 16 lawatan ke laman keramat The Gunners.

"Hari ini kami terpaksa bermain di tempat yang sangat istimewa yang sejarah kami tidak begitu optimistik tentang apa yang boleh berlaku tetapi kami menemui jalan untuk memenanginya.

"Itu sudah cukup menyatakan tentang betapa besarnya keinginan pasukan ini untuk baki pengakhiran saingan musim," kata Arteta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!