Polis cekup suspek samun kedai serbaneka

Iklan
Kumarasan

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Jaya Mas, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun berkenaan pada jam 8.33 pagi.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek juga dilaporkan telah membawa sebilah pisau dan mengacukannya kepada mangsa.

"Polis turut membuat rampasan bersabit dengan kes berkenaan dan hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Iklan

"Ujian air kencing suspek juga didapati negatif,” katanya.

Kumarasan berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes yang ditangkap dan tujuan suspek adalah mengambil rokok untuk dihisap.

Iklan

"Permohonan reman terhadap suspek juga telah dibenarkan selama tujuh hari mulai Ahad hingga Sabtu bagi meneruskan siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!