Ada pemain United berpura-pura cedera untuk elak dikritik - Rooney

Iklan
United tewas kepada Arsenal di Old Trafford. Foto EPA

WAYNE Rooney mendakwa bintang Manchester United bersembunyi di sebalik kecederaan mereka untuk mengelakkan dikritik dan membiarkan pengendali pasukan itu, Erik ten Hag berdepan masalah.

Skuad Ten Hag yang dilanda kecederaan menghadapi satu lagi kekalahan di Old Trafford apabila jaringan Leandro Trossard mengekalkan harapan Arsenal untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

Tetapi Rooney mendakwa beberapa pemain United yang kini tidak beraksi akibat kecederaan hanya berpura-pura untuk mengelakkan daripada dikritik.

Beberapa pemain utama United ketika ini mengalami kecederaan antaranya Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Luke Shaw dan Lisandro Martinez.

Iklan

"Sesetengah daripada pemain itu boleh bermain. Oleh kerana mereka pemain bintang, mudah bagi mereka untuk tidak bermain dan kembali untuk aksi final Piala FA (menentang Manchester City pada 25 Mei ini).

"Saya fikir pemain perlu melihat diri mereka sendiri, kerana apabila anda meminta pengurus berada dalam sidang akhbar dan dia bercakap tentang sikap pemain, itu adalah satu penghinaan besar," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, seorang lagi bekas pemain United, Roy Keane turut melihat perkara sama dan menyifatkan ia bukan petanda baik.

"Selalu ada beberapa pemain di setiap kelab yang saya tengok sengaja mengatakan mereka cedera.

"Terdapat banyak pemain di luar sana pada peringkat tertentu musim ini apabila mereka mengalami kecederaan atau kurang keyakinan dan mereka tidak mahu beraksi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!