DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan

Iklan
Mohd Puad

ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.

Ia susulan, sidang DUN tergendala hampir 20 minit akibat gangguan teknikal selepas Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi selesai menjawab soalan pertama pada pagi Isnin sekali gus dikhuatiri ada cubaan ceroboh dan sabotaj.

Iklan
Iklan

"Insiden ini cukup memalukan hingga sidang dewan yang sedang bersidang terpaksa ditangguhkan.

"Saya harap pengurusan dewan sentiasa peka. Saya tidak mahu dengar sebarang alasan. Kita mesti ada mentaliti dan fasiliti kelas pertama.

Iklan

Onn Hafiz yang kemudiannya diminta menyambung sesi soalan lisannya turut menyatakan seolah-olah ada unsur sabotaj.

Ini kerana gangguan teknikal itu berlaku selepas beliau selesai menjawab isu panas berkaitan kasino di Forest City.

Iklan

Sejurus itu, Mohd Puad meminta pengurusan dewan serta-merta mempertingkatkan kawalan keselamatan di premis Bangunan Sultan Ismail.

"Saya harap soal keselamatan dewan dipertingkatkan. Saya juga bimbang ada cubaan menceroboh dan sabotaj," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!