MKM buka 2,500 tempat untuk umrah musim haji Julai ini

Iklan
Ketua Pegawai Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Rahman (lima dari kiri) bersama bakal jemaah haji bertuah yang menerima cabutan bertuah berupa tanggungan kos haji bernilai RM50,000 dan RM18,662.

SHAH ALAM - MKM Ticketing Travel & Tours memperkenalkan pakej umrah musim haji untuk memberi peluang kepada orang ramai menimba pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah pada musim haji.

Ketua Pegawai Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, pakej umrah musim haji berkenaan bernilai RM6,990.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini MKM dengan kerjasama Amal by Malaysia Airlines menyediakan 2,500 tempat untuk pakej berkenaan.

"Penerbangan untuk pakej umrah musim haji adalah pada Julai ini dengan MKM sudah menerima 40 peratus tempahan,” katanya

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tamat Kursus Intensif Haji MKM di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengurus Haji, Ahmad Safuan Nizam Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dr Humaidi Mat Jahya.

Iklan

Abdul Hadi (tengah), Ahmad Safuan Nizam (kanan) dan Dr Humaidi (kanan) pada sidang akhbar selepas tamat Kursus Intensif Haji MKM di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Ahad.

Jelas Abdul Hadi, selain itu tujuan MKM memperkenalkan pakej umrah musim haji berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada anak atau ahli keluarga bertemu dengan ayah, ibu atau saudara mereka yang sedang melaksanakan ibadah haji.

"Mereka yang mengikut pakej ini akan berada selama lapan hari di Makkah dan dua hari di Madinah,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sebelum ini kebenaran memasuki tanah haram selepas pelaksanaan haji agak lewat, kali ini dibenarkan agak awal.

"Oleh kerana kita dibenarkan masuk awal maka kita sediakan pakej ini.

"Bagi yang memiliki visa pelancong, mereka sudah boleh memasuki Makkah awal dari biasa iaitu pada 20 dan 22 Zulhijjah iaitu jemaah baru tujuh hari selesai tunaikan haji, kita dah sampai ke Kota Makkah,” ujarnya,

Pada majlis itu juga seramai lapan bakal jemaah haji bertuah menerima hadiah cabutan berupa kos tanggungan menunaikan haji bernilai RM300,000.

"MKM Ticketing Travel & Tours menyediakan tiga hadiah utama bernila RM50,000 manakala lima lagi hadiah masing-masing bernilai RM18,662,” katanya,

Sementara itu, Ahmad Safuan berkata, pihaknya masih menawarkan pakej khas haji bernilai RM49,000 sehingga RM270,000 untuk pakej VIP.

"Setakat ini seramai 450 jemaah haji telah berdaftar dan kami masih membuka pendaftaran kepada yang masih belum berkesempatan membuat pendaftaran awal,” katanya.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut layari https://linktr.ee/mkmticketingtravel