BERITA SEMASA 13 MEI 2024
Dakwaan mahu membuka kasino di Forest City yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab, disifatkan sebagai persepsi jahat yang mahu menggagalkan pembangunan kawasan berkenaan yang bakal dijadikan Zon Kewangan Khas (SFZ).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Pada 25 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.
Iklan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Iklan
#BeritaSemasa #SinarHarian #SFZ #Johor