Lelaki kurang siuman maut terjatuh bangunan

Iklan
Lelaki disyaki kurang siuman ditemukan mati selepas terjatuh dari bangunan di Batu 5 Jalan Apas, Tawau.

TAWAU - Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditemui mati selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Batu 5 Jalan Apas, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, lelaki yang belum diketahui identiti itu ditemukan tertiarap tanpa sebarang pakaian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebelum kejadian terdapat saksi yang terlihat lelaki berbogel itu berada di luar sebuah premis makanan segera.

"Saksi kemudian memaklumkan pengurus mengenai kehadiran lelaki itu dan terus menutup pintu belakang kerana bimbang lelaki tersebut masuk ke dalam.

Iklan

"Namun tidak lama kemudian beliau dimaklumkan oleh seorang pekerja bahagian pandu lalu bahawa ada seseorang jatuh di luar bangunan berhampiran kaunter pandu lalu.

"Apabila saksi keluar didapati orang yang jatuh itu adalah lelaki yang dilihatnya berbogel di bangunan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tawau untuk tujuan dibedah siasat.

"Butiran mengenai lelaki itu tidak dikenal pasti namun disyaki kurang siuman," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!