JAKARTA - Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera, di wilayah Maluku utara, Indonesia timur, meletus pada Isnin sekitar jam 9 pagi waktu tempatan selama kira-kira lima minit, menerbangkan abu setinggi 5,000 meter di atas puncaknya, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) negara itu.
"Kolum abu dari letusannya diperhatikan berwarna kelabu ke hitam dengan intensiti tebal ke arah barat. Ketika laporan ini ditulis, letusan masih berterusan," kata PVMBG, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Berdiri setinggi kira-kira 1,300 meter di atas paras laut, gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Gunung berapi ini telah meletus lebih daripada 80 kali sejak awal tahun ini, kata PVMBG, menyeru orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah.
Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Indonesia adalah antara negara yang mempunyai gunung berapi terbanyak di dunia. - Bernama-Xinhua
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Berkaitan