Pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel

Iklan
Orang ramai hadir seawal pagi di Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melakukan proses pemindahan Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel ketika tinjauan foto Bernama di Jalan Raja Laut hari ini.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan had pengeluaran minimum RM50 dan terhad kepada baki dalam akaun ahli.

Menurut KWSP, bayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pencarum dibenarkan membuat pemilihan bagi pindahan akaun hanya sekali sahaja dalam tempoh bermula 11 Mei hingga 31 Ogos ini.