Kamal Azizi terpaksa berehat tiga bulan

Iklan
Kamal Azizi - Foto KL City

PERTAHANAN kanan Kuala Lumpur (KL) City, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri terpaksa berehat sekurang-kurangnya 12 minggu selepas mengalami patah tulang tangan tangan ketika aksi Liga Super menentang Kuching City pada Ahad.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, Kamal Azizi atau lebih dikenali sebagai Ayoh itu berkemungkinan turut perlu menjalani pembedahan susulan kecederaannya itu.

Iklan
Iklan

"Menurut laporan perubatan oleh pasukan perubatan kelab, Ayoh mengalami patah tulang di lengan bawahnya.

"Pembedahan mungkin diperlukan dan tempoh pemulihan beliau dianggarkan di antara enam hingga 12 minggu," kata kenyataan itu.

Iklan

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan tersebut selepas terkena bola rembatan pemain pertahanan Kuching City, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Insiden seawal minit kedua perlawanan itu menyebabkan Kamal Azizi terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan J Partiban dengan keputusan perlawanan berakhir seri 1-1.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!