PKNS kekal 34 hektar kawasan hijau bagi pembangunan di Siera Alam

Iklan
PKNS sentiasa menyokong usaha pengurangan karbon 45 peratus menjelang tahun 2030 dan zero net karbon pada tahun 2050.

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengekalkan kawasan hijau seluas 34 hektar dalam projek pembangunan di Siera Alam yang bakal dibangunkan tidak lama lagi.

PKNS dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya sentiasa menyokong usaha pengurangan karbon 45 peratus menjelang tahun 2030 dan zero net karbon pada tahun 2050.

Iklan
Iklan

"PKNS selaku agensi pembangunan hartanah kerajaan negeri Selangor akan sentiasa menekankan konsep kelestarian dalam setiap projek PKNS menerusi amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)," kata kenyataan itu pada Isnin.

Kenyataan itu menegaskan, PKNS juga tidak terlibat dalam kerja-kerja pembinaan jalan raya sepanjang satu kilometer yang disiarkan di dalam akhbar baru-baru ini.

Iklan

"Kerja-kerja tanah bagi fasa pertama telah dimulakan sejak Mac lalu yang dijangka siap pada 2026.

"Fasa pertama melibatkan tanah seluas 60.6 hektar itu bakal dibangunkan kediaman dan lot komersial, manakala selebihnya merupakan kemudahan utiliti," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja tanah dan infrastruktur utama masih dalam perancangan bagi pembangunan Siera Alam fasa kedua seluas 78.8 hektar.

"Fasa kedua itu turut dibangunkan projek kediaman, komersial, utiliti dan rekreasi termasuk mengekalkan kawasan hijau seluas 34 hektar," tambah kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!