Diugut boikot, Nadhir Nasar mohon maaf

Iklan
Nadhir tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas dicabar seorang individu bernama Haziq di platform X.

PELAKON dan pengarah muda, Nadhir Nasar tampil memohon maaf dan menjelaskan salah faham berikutan didakwa mempromosikan beberapa jenama yang menyokong Israel.

Ujar Nadhir, 27, keputusan untuk bekerjasama dengan beberapa jenama mewah tersebut telah dilakukan lebih awal berdasarkan maklumat dan keadaan yang ada pada ketika itu.

Iklan
Iklan

"Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Netizen mempunyai hak untuk bersuara dan impak tersebut sangat besar, percayalah.

"Keputusan saya untuk bekerjasama dengan beberapa jenama pada ketika itu berdasarkan komitmen ikhlas untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya. Walaupun saya memahami dan menghormati kebimbangan yang dikemukakan, adalah penting untuk saya teruskan komitmen kontrak saya dengan mereka

Iklan

"Usaha menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh kontrak akan memberi impak seperti denda, penalti wang dan potensi dikenakan tindakan undang-undang. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya malah orang lain yang terlibat dalam kolaborasi berkenaan,” jelasnya menerusi ciapan di aplikasi X.

Bahkan bintang filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu akan mengambil serius setiap maklum balas peminat dan akan menanganinya dengan lebih berhati-hati selepas ini.

Iklan

Bukan itu sahaja, Hero Remaja 2020 itu juga berjanji akan menggunakan setiap platform media sosialnya dengan berkongsi perkara positif.

"Saya memahami kebimbangan yang dibangkit dan saya memahami awak kecewa, sama seperti saya dan rakan-rakan selebriti yang lain atas apa yang sedang berlaku.

"Saya percaya bukan saya sahaja malah rakan artis yang lain juga sudah berusaha. Saya juga akan terus berkongsi kepada komuniti dan menggunakan platform media sosial saya untuk mempromosikan perkara yang positif,” ujarnya.

Penjelasan itu dibuat selepas seorang individu dikenali sebagai Haziq meminta Nadhir memberi penjelasan berikutan tindakannya mempromosikan beberapa jenama antarabangsa di media sosialnya.

Dalam masa sama, sejak penganjuran MetGala minggu lalu, wujud gerakan Blockout2024 bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga dan Justin Bieber.

Netizen Malaysia juga tidak ketinggalan menyuarakan hal sama dan menyenaraikan beberapa nama selebriti di negara ini yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel tanpa segan silu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!