Guna dron cari mangsa lemas

Iklan
Ahmad Anwari menggunakan dron bagi membantu pencarian mangsa lemas.

DUNGUN - Operasi pencarian empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, petang semalam turut menggunakan teknologi dron.

Inisiatif itu dilakukan seorang juruteknik, Ahmad Anwari Atam, 31, dari Sura Hujung yang terpanggil untuk membantu pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih hilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia menerbangkan dron di lokasi keempat-empat mangsa dilaporkan hilang sehingga Kuala Dungun bermula jam 7 pagi tadi.

"Setakat ini saya masih belum menjumpai apa-apa. Ada beberapa objek mencurigakan tapi setelah diamati ia hanyalah sampah.

Iklan

"Saya akan cuba cari lagi di kawasan pencarian, berpandukan radius kawasan pencarian pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di Pantai Teluk Bidara di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas

Iklan

Laungan azan iringi pencarian empat pelajar lemas

Ahmad Anwari berkata, kebiasaannya dia akan membantu pihak berkuasa melakukan pencarian menggunakan dron jika mempunyai kelapangan.

"Bantuan ini sekadar usaha dan ikhtiar kita. Jika dapat membantu pihak berkuasa sehingga menemui mangsa, ia satu kepuasan kerana dapat membantu mereka," katanya.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, Muhammad Zul Fahmi, Mohamad Amir Izzudin, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin dan Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan yang kesemuanya berumur 21 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara.