Hizbullah guna roket 'monster' sasar kedudukan Israel

Iklan
Tangkapan layar daripada rakaman video dikeluarkan Hizbullah menunjukkan detik serangan menggunakan roket Jihad Mughniyeh tersebut. Foto Agensi

BEIRUT - Pejuang Hizbullah menggunakan roket 'monster' baharu untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan tentera Israel di sektor utara sebagai tindak balas terhadap perang genosid terhadap Genting Gaza.

Gerakan disokong Iran di bawah Paksi Penentangan anti-Israel itu mengesahkan beberapa roket Jihad Mughniyeh yang dinamakan sempena anggota pejuang mereka yang gugur syahid di Syria pada 2015 menyasarkan lokasi musuh di Zebdine di Ladang Shebaa pada Ahad.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pejuang itu merupakan anak lelaki kepada tokoh kanan, Imad Mughniyeh yang dibunuh di Damsyik pada 2008.

"Projektil tersebut tepat mengenai sasaran dan menyebabkan kemusnahan ketara,” ujar Hizbullah lagi.

Iklan

Pejuang Hizbullah turut membedil kenderaan milik tentera Israel yang dipasang alatan pengawasan dengan beberapa peluru berpandu.

Gerakan tersebut juga mengeluarkan rakaman video memaparkan operasi dilancarkan anggota mereka ke atas kemudahan musuh berhampiran sempadan selatan Beirut ketika ia terus meningkatkan serangan ke atas rejim Zionis sejak Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.

Iklan

Sejak lebih tujuh bulan lalu, Hizbullah melancarkan serangan rentas sempadan pada hampir setiap hari.

Konflik itu semakin meningkat sejak akhir-akhir ini dan turut mengakibatkan kemusnahan yang besar selain meragut sekurang-kurangnya 390 nyawa termasuk 70 orang awam di Lubnan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!