Pokok tumbang di lima lokasi akibat ribut, hujan lebat

Iklan
Pokok tumbang yang dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota, pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Sebanyak lima lokasi di sekitar ibu kota dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan bermula pada jam 4.50 petang dan yang terakhir pada jam 6.13 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, JBPM turut menerima panggilan berkaitan pokok tumbang sehingga menghalang lalu lintas di Jalan Rahmah, Taman Gembira dekat sini.

"Sebatang pokok tumbang dilaporkan menghempap bumbung rumah di Jalan Selesa 1 Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama.

Iklan

"JBPM Kuala Lumpur turut menerima panggilan berkaitan pokok tumbang menghempap dua kenderaan di dua lokasi di Universiti Malaya," katanya.

Beliau berkata, sebanyak tiga buah kereta dan lima buah motosikal turut dilaporkan dihempap pokok tumbang di Jalan Pinang.

Iklan

"Kawasan utama yang terjejas berlaku pokok tumbang adalah di Taman Gembira dan Universiti Malaya, kerja-kerja pemotongan dan pembersihan dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!