TTS bahaya tapi jarang berlaku
Iklan
TTS melibatkan pembentukan darah beku yang boleh menyebabkan sumbatan (trombosis) pada salur darah dan juga penurunan platelet (trombositopenia).
SHAH ALAM - Saluran darah tersumbat akibat pembentukan darah beku adalah antara komplikasi trombosis dengan sindrom trombositopenia (TTS) yang dikaitkan sebagai kesan sampingan vaksin Covid-19 AstraZeneca (AZ).
Istilah TTS mula diperkenalkan pada awal tahun 2021 oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat namun 'penyakit' itu tidak banyak diketahui ramai kerana jarang berlaku tetapi berbahaya.