Penerima vaksin AstraZeneca usah panik

Iklan
Syarikat farmaseutikal gergasi vaksin Covid-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

PADA 8 Mei lalu syarikat farmaseutikal gergasi vaksin Covid-19, AstraZeneca (AZ) mengumumkan menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

Ia susulan syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Iklan
Iklan

Perkembangan berkenaan mengejutkan orang ramai khususnya individu yang sudah mengambil dos suntikan vaksin itu sebelum ini.

Bagaimanapun, penerima vaksin tersebut dinasihatkan tidak perlu panik atau bimbang dengan isu penarikan semula vaksin terbabit kerana mereka sudah melepasi tempoh kesan sampingan iaitu satu hingga tiga minggu sahaja selepas vaksinasi.

Iklan

Malah, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin Covid-19 termasuk AZ yang terbukti mengalami kesan sampingan ekoran vaksin yang diterima.

Selain itu, kerajaan turut bertanggungjawab terhadap penerima vaksin daripada firma farmaseutikal lain seperti Pfizer-BioNTech dan Sinovac jika turut terbukti menghadapi kesan sampingan.

Iklan

Jadi, buat semua penerima vaksin AZ tidak perlu lagi bimbang secara melampau kerana ia memang selamat untuk digunakan semasa dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia semasa situasi pandemik Covid-19 sebelum ini.

Bagaimanapun, jika ada individu yang benar-benar mendapat kesan sampingan yang membahayakan kesihatan, tampillah bertindak membuat laporan kepada pihak berwajib.