Penerima vaksin perlu pantau sendiri kesihatan

Iklan
Isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca daripada pasaran dunia menimbulkan kegusaran dalam kalangan penerimanya.

SHAH ALAM - Tidak dinafikan isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca daripada pasaran dunia menimbulkan kegusaran dalam kalangan penerimanya di negara ini.

Pekerja swasta, Muhammad NorHafifi Muhammad Nawi, 31, berkata, situasi terkini berkait kesan sampingan vaksin Covid-19 terhadap kesihatan agak membimbangkan.

Iklan
Iklan

"Lebih-lebih lagi imunisasi badan seolah-olah semakin lemah selepas disuntik vaksin. Dahulu, boleh pulih demam dalam masa satu atau dua hari namun kini membawa ke seminggu,” katanya.

Justeru, Muhammad NorHafifi yang menerima suntikan vaksin Pfizer menyarankan agar rakyat membuat pemeriksaan menyeluruh untuk meneliti tahap kesihatan masing-masing.

Iklan

Usahawan bidang makanan dan minuman, Shahar Najmi Md Jani, 40, pula mengakui setiap ubat mahupun vaksin pasti ada sedikit sebanyak kesan sampingan.

"Saya sendiri kini ada mengalami bengkak dan bisa pada sendi kaki sedangkan situasi seperti itu sebelum ini tidak pernah terjadi. Tidak pastilah sama ada ia memang kesan daripada vaksin AZ atau faktor usia yang meningkat.

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.

"Namun kalau benar vaksin Covid-19 mendatangkan mudarat, perkara ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Bagi pekerja swasta, Balqis Natrah Yusri, 27, setakat ini tiada kesan sampingan serius dialami setelah menerima dua dos vaksin AZ.

"Risau juga jika ada kesan sampingan yang serius tetapi alhamdulillah setakat ini masih baik, cuma kadangkala ada rasa nafas seperti sedikit pendek,” katanya.

Seorang lagi pekerja swasta, Atiqah Dazalan, 35, mengakui setakat ini dia tidak mengalami kesan serius selepas menerima vaksin Sinovac.

"Cuma kadang-kadang terasa seperti ada renjatan di kepala atau rasa pening,” katanya.

Sementara itu, Sakina Adnan, 50, yang bekerja swasta mendakwa, sejak menerima vaksin Sinovac, dirinya akan lambat sembuh sekiranya demam atau tidak sihat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!