Ada bukti, rakyat memerhati dan menilai
Iklan
SHAH ALAM - Pemimpin pembangkang hanya mampu menafikan berhubung naratif 3R (raja, agama dan kaum) yang dibawa dalam kempen pilihan raya, namun hakikatnya rakyat lebih bijak menilai untuk membuat pilihan terbaik demi keharmonian negara.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah berkata, siri ceramah dilakukan PN bukan hanya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), malah dalam pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) lepas juga jelas mengandungi provokasi yang menyentuh isu 3R demi meraih undi.