PEMAIN gantian dari Colombia, Jhon Duran menjaringkan dua gol lewat perlawanan ketika Aston Villa bangkit mengikat Liverpool 3-3 di Stadium Villa Park pada Selasa.
Tiga mata diraih pasukan kendalian Unai Emery itu menyalakan impian Villa untuk ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.
Perlawanan bermula dengan penjaga gol Villa, Emiliano Martinez melepaskan gol sendiri pada minit kedua sebelum Youri Tielemans menyamakan kedudukan minit ke-12.
Cody Gakpo kemudian meletakkan Liverpool kendalian Jurgen Klopp kembali di depan minit ke-23 yang kemudian dilebarkan hasil tandukan Jarell Amorin Quansah minit ke-48 separuh masa kedua.
Ketika Liverpool berkira-kira pulang dari Villa Park dengan tiga mata, Duran yang dimasukkan menggantikan Nicolo Zaniolo minit ke-79 membalas kepercayaan apabila menjelmakan jaringan minit ke-85 dan m-88 untuk kedudukan 3-3.
Villa kini mengumpul 68 mata dengan baki satu perlawanan, lima di hadapan Tottenham Hotspur yang berada di tangga kelima yang masih mempunyai dua perlawanan lagi bermula dengan berdepan Manchester City yang memburu kejuaraan pada Selasa.
Angkatan Unai Emery akan bermain perlawanan terakhir dengan kunjungan ke Crystal Palace manakala Tottenham melabuh kempen bertandang ke Sheffield United yang telah tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!