Lapan cedera dalam tiga nahas berasingan

Iklan
Keadaan kereta jenis Perodua Kancil yang remuk di bahagian depan dalam nahas di Kampung Kota Bukit, Sik semalam.

ALOR SETAR - Lapan individu berdepan detik cemas apabila terlibat dalam tiga kemalangan berasingan di Alor Setar dan Sik semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dalam kejadian pertama, dua lelaki masing-masing berusia 46 tahun cedera ringan dalam kemalangan di KM53.5, Lebuh raya Utara-Selatan (arah utara) di sini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang juga pemandu lori barang dan rakannya terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kontena

"Setibanya di lokasi kejadian, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan berat dan mangsa berjaya keluar sebelum ketibaan pasukan bomba.

Iklan

"Susulan itu, dihantar ke Hospital Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan kerja-kerja pembersihan dilakukan di lokasi sehingga laluan boleh digunakan," katanya.

Dalam kejadian kedua, bomba menerima panggilan kira-kira jam 9.20 pagi sebelum sepasukan anggota BBP Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian di Jalan Titi Gajah.

Iklan

Katanya, seorang pemandu wanita berusia 30-an dan seorang pemandu lelaki berusia 22 tahun cedera ringan dalam kemalangan membabitkan Proton Wira dan Toyota Vios itu.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam," katanya.

Menurutnya, mangsa berkenaan diberi rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke HSB dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Beliau berkata, kejadian ketiga membabitkan empat individu cedera ringan apabila kenderaan jenis Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kampung Kota Bukit, Sik di sini.

Katanya, mangsa terdiri daripada seorang wanita dan tiga lelaki dan kesemua mereka dibawa ke Hospital Sik untuk menerima rawatan.