8 maut, puluhan cedera runtuhan papan iklan di India

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai. Foto Reuters

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.

Menurut polis, papan iklan besar itu jatuh lalu menghempap sebuah stesen minyak di pinggir timur bandar di Ghatkopar, mencederakan dan memerangkap puluhan orang.

Iklan
Iklan

Angka kematian dalam kejadian itu adalah lapan orang dan 70 yang lain cedera, lapor media tempatan.

Mumbai mengalami ribut kuat pada Isnin, menyebabkan beberapa kemalangan berlaku.

Iklan

Seorang terbunuh dan seorang lagi cedera parah apabila sebuah dahan pokok menghempap sebuah kedai di kawasan Bandra.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai terpaksa digantung lebih sejam akibat jarak penglihatan rendah dan angin kencang. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!