Perak kutip lebih RM1.04 juta kompaun kesalahan hutan

Iklan
Mohamed Zin (tengah) melihat pelan Hutan Simpanan Kekal negeri Perak di bilik 'War Room' Jabatan Perhutanan negeri.

IPOH - Jabatan Perhutanan Perak mengeluarkan kompaun lebih RM1.04 juta kepada individu dan syarikat yang melakukan kesalahan menceroboh Hutan Simpanan Kekal dan membawa keluar hasil hutan tanpa kebenaran sepanjang tahun lepas.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, jumlah itu membabitkan 56 kes kesalahan hutan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Iklan
Iklan

"Antara kesalahan-kesalahan lain yang telah diambil tindakan adalah penerokaan Hutan Simpan Kekal tanpa kebenaran, pemilikan hasil hutan dan lain-lain aktiviti yang dilarang dijalankan di dalam Hutan Simpan Kekal.

"Bagi kesalahan ini, kita berjaya membuat kutipan bayaran melalui kompaun dan ganti rugi kesalahan hutan sebanyak RM1,036,823.31," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, seramai 69 orang telah ditahan melibatkan pelbagai kesalahan hutan dilakukan individu dan kumpulan-kumpulan.

"Sebanyak lapan kes kesalahan hutan telah dituduh di mahkamah melibatkan jumlah keseluruhan denda RM72,000," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pelaksanaan ‘Visible Enforcement’ oleh jabatan sepanjang tahun lalu berjaya membuahkan hasil apabila lebih ramai orang awam tampil menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penerokaan dan pencerobohan hutan secara haram.

Katanya, jabatan akan terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan ‘War Room’ yang berfungsi untuk mengesan dan memantau dengan lebih cepat melalui imej satelit terhadap sebarang perubahan dirian hutan yang berlaku di dalam Hutan Simpanan Kekal.

"Di samping itu, kita turut memperkasakan Skuad Dron dengan menambah perolehan dron baharu yang lebih terkini dan berteknologi tinggi dalam memastikan kecekapan dalam aspek penguatkuasaan hutan melalui udara terus dipertingkatkan.

"Operasi Penguatkuasaan Hutan melalui udara dengan penggunaan helikopter dilakukan di lima Daerah Pentadbiran Hutan iaitu di Daerah Hutan Perak Selatan, Daerah Hutan Larut Matang, Daerah Hutan Hulu Perak, Daerah Hutan Kuala Kangsar dan Daerah Hutan Kinta Manjung," katanya.